Tuesday, February 9, 2010

SIC (Sisters Indoor Challenge) Report

Alhamdulillah selesai sudah program Sister's Indoor Challenge yang dijalankan di rumah Puan Noriah Idris(makcik Noriah)pada 31 Jan lepas. Hasil daripada publisiti selama 3 hari sahaja, peserta yang hadir adalah seramai 31 orang yang terdiri daripada SMK Sg Pusu, SMK St Mary, SMI Al-Amin, SMK Selayang Baru dan SMK Ideal Heights.

Program ini dipengerusikan oleh Nur Adyani Mohd Yusoff.





Aktiviti bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Zainun Embong sebagai wakil Wanita JIM Gombak. Setiap peserta disuntik semangat dari kata2 yang diberikan oleh Makcik Zainun.



Seterusnya, aktiviti Ice Breaking Games yang dikendalikan oleh Pn. Raja Nor Aslina (Guru SMK St Mary).




Peserta-peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan perlu memberikan nama kumpulan masing2. Berikut adalah nama kumpulan2:

kumpulan 1: BURUNG PIPIT
kumpulan 2: PUNK 5 - Perempuan Unik N Kreatif
kumpulan 3: MATAHARI
kumpulan 4: STAR
kumpulan 5: KAMI
kumpulan 6: SIX STARZ









Aktiviti kedua pula ialah EXPRESS COOKING yang dikendalikan oleh Sarah Sufian. Peserta di dalam kumpulan disediakan bahan2 untuk menyediakan Tiramisu setelah diberikan penerangan dari Kak Sarah kite.














Aktiviti ketiga diteruskan dengan sesi TALK yang dikendalikan oleh Kak Sarah Tajul Urus tentang konsep Taharah dalam Islam.








Aktiviti keempat pula ialah Muslimah Make Over yang dipimpin oleh Kak Khadijah Khalid. Setiap kumpulan perlu menggayakan tudung yang memenuhi ciri2 muslimah.







Sebagai upacara penutup, Kak Nabeehah Morhalim menyampaikan sepatah dua kata untuk membuat rumusan tentang program ini.




Program berakhir sekitar 2 petang setelah peserta-peserta menjamu selera di dalam talam yang merupakan pengalaman pertama bagi pelajar-pelajar SMK St Mary dan SMK Ideal Heights..







Itu saja update untuk program dari JK Remaja Belia JIM Gombak yang mula menjejak langkah..


Seribu penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Sister's Indoor Challenge ini terutamanya Pn Noriah Idris sebagai tuan rumah, Pn Zainun Embong yang sentiasa memberi galakan tanpa putus dari awal hingga program selesai dan semua jawatan kuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program pada hari ini.
Jzkk


Report by: Shuhaida Mat Sharani
Pics by: Nabeehah Morhalim & Noor Habibah Rosli

0 comments:

Post a Comment