Tuesday, February 9, 2010

Our First Prog: Sisters Outdoor Challenge 21 Nov 09



Imam Al-Banna pernah menyebut di dalam risalah "Wahai Pemuda", pemuda adalah asas kebangkitan ummah. Sebagaimana dalam Al-Qur'an disebut tentang pemuda Al-Kahfi yang diberi petunjuk dan ditambah iman mereka dan mereka tetap di dalam kebenaran. Tanda akan runtuhnya masyarakat atau sesuatu tamadun juga boleh dilihat dari pemuda-pemudinya, kerana pemuda adalah teras masyarakat.

Realiti masyarakat sekarang menggambarkan semakin runtuhnya akhlaq dan nilai Islam dalam diri belia dan remaja. Remaja dan belia hidup tanpa halatuju. Semuanya hanya mengikut fesyen dan arus terkini lalu Islam ditolak ke tepi. Menyedari hakikat ini, kami telah mengadakan program pertama buat belia dan remaja di Gombak sebagai tanda pertama untuk proses tajmi' ke arah menyediakan barisan pelapis daie.


"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125).

0 comments:

Post a Comment