Tuesday, February 9, 2010

Second Prog: Kasukabe 19 Dis 09


Karnival Sukarelawan Belia 2009 ini diadakan bertujuan untuk mendidik dan memberi peluang kepada masyarakat umumnya dan golongan belia khususnya di daerah Ampang Jaya untuk bersama-sama menabur usaha dalam menangani isu-isu yang melanda umat Islam kini seperti isu Palestin, dakwah kepada bukan Muslim, bantuan kemanusiaan dan perubatan serta isu sosial umat Islam. Karnival ini juga diisi dengan pelbagai program yang tersusun dalam menjayakan misi menghasilkan belia yang mampu menjadi penggerak ke arah masyarakat Muslim yang madani. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat akan fungsi masjid yang meluas hingga ke pusat aktiviti setempat, bukan terhad hanya kepada waktu solat sahaja.

B.R.I.G (sisters) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sepenuhnya aktiviti games dan permainan yang berlangsung sepanjang karnival tersebut. Nantikan laporan bergambar dari kami di dalam posting seterusnya. (^_^)v

0 comments:

Post a Comment